Berjumpa dengan Cik Hazinah Kutty Mammi untuk bertanyakan tentang cadangan tajuk yang dikeluarkan oleh Kluster Health Management iaitu 'Donor Smart System'. Malangnya tajuk tersebut telah diambil oleh pelajar lain.... ;-(
Cik Hazinah mencadangkan tajuk dalam Kluster Games yang bertajuk 'Sudoku Online'. Cik Hazinah meminta saya membuat proposal ringkas serta mengisi borang cadangan tajuk. Tarikh submit proposal serta borang cadangan tajuk adalah 26 Julai 2007(Khamis)...Selain itu Cik Hazinah meminta supaya menyediakan satu blog untuk menggantikan buku log.
Mencari maklumat tentang permainan sudoku dari segi algoritma, syarat permainan dan cara permainan untuk membuat proposal serta pemahaman tentang permainan tersebut. Mencuba permainan sudoku yang sedia ada.
No comments:
Post a Comment